Entry malam Sabtu
- Hanya mummy ada Syazana berada di rumah. Daddy keluar kerana terlibat dalam bowling league malam ini. Syazana sedang tidur. Jadi saya mengambil kesempatan untuk ber'facebook' dan ber'blog'.
- Sudah agak lama tidak menulis tentang perkembangan Syazana. Dia kini sedang belajar untuk mengangkat punggung seperti hendak merangkak. Dia semakin kuat menjerit, lebih-lebih lagi apabila mummy tidak memberikan perhatian dek kerana sibuk menyuruskan kerja-kerja rumah.
- Kadang-kadang apabila kami 'makan luar' pun Syazana akan menjerit. Jerit dengan nyaringnya sehingga semua pengungjung kedai akan memandang ke arah Syazana (mummy lyke).
- Esok kami sekeluarga akan main bowling. Harap dapat membuat balingan yang baik setelah hampir 3 tahun tidak bermain. Harapnya Syazana dapat memberi sokongan kepada mummy dan daddy dengan jeritan nyaringnya itu...
No comments:
Post a Comment