25 Dec 08 - Khamis
Bila terdengar azan subuh, aku terus bangun dan menunaikan solat subuh. Lantas mengemas pakaian & barangan yg hendak dibawa ke Alor Setar. Pukul 9am kami (aku, Nurul, Ana & Jad) memulakan perjalanan ke Kedah. hubby masih blm sampai bila kami sudah sampai di Gurun. selang 5 minit, hubby pn sampai bersama abah & umi. Meneruskan perjalanan ke Alor Setar dan singgah lunch di restoran hj ramli. tiada yg menarik berlaku & mlmnya kakak & family yg akan bercuti ke Langkawi tiba dan bermalam di rumah hubby.
26 Dec 08 - Jumaat
Pagi2 lagi kakak & family telah bergerak ke kuala perlis untuk menaiki feri ke pulau langkawi. hubby terpaksa ke ofis baru menguruskan hal perpindahan ofis. tinggallah aku, umi & abah.. Selesai solat Jumaat, hubby bawa aku, umi & abah mkn di tesco dan tinggalkan kami kerana urusan perpindahan masih blm selesai. aku & umi jln2 di tesco dan abah menunggu kami di kerusi rehat. mlmnya... sekali sekala abah, umi & kakak berhubung & ber'text'. tetiba, muncul rancangan untuk ke langkawi. hubby menghubungi rakan untuk mendapatkan bilik hotel & kereta sewa di sana. tiada jawapan yg pasti...
27 Dec 08 - Sabtu
umi ketuk pintu utk bertanya jadikah plan ke langkawi. hubby yg separa sedar terus menjawap ya dan meminta ummi bersiap2. kami semua bersiap2 dan bertolak ke kuala kedah selepas bersarapan. mmg kami sendiri tidak pasti.. jika ada bilik maka bermlm lah kami, jika tidak, kami akan pulang petang harinya.. alhamdullilah, rezeki murah, kami dpt kereta & bilik.. selesai solat dan berehat seketika, kami pusing2 di langkawi. this is my 2nd time g langkawi... 1st time dulu, time zaman maktab, aku g sbb join program nadwah islamiah di mrsm langkawi... beriya aku nk join & suh ustazah sakinah select aku time tu.. hubby pulak kebetulan ada program motivasi (jd fasi) kt mrsm langkawi gak... hehehe... this time dpt g sama lagi...
28 Dec 008 - Ahad
selesai bersarapan, meneruskan pencarian perkakas dapur di kuah. sebab aku blm ada set pinggan & periuk sendiri, aku & hubby pn belilah.. hohoho.. dh kawen ni, kenelah ada benda cmni... selesai membeli, menuju ke jeti dan tiket feri kami pukul 3pm. tepi feri delay 1 jam... smpai kuala kedah pn dh ptg & lapar... so kami mkn di restoran nelayan. badan pn penat, aku tido pukul 9.30pm.
29 Dec 08 - Isnin
bersiap utk pulang ke kl bersama nurul yg menyambut birthdaynya. thx nurul...
1 comment:
u r welcome filzah..jaga baby baik2 ye..:)
Post a Comment